Kelas Microsoft Powerpoint
8 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Semuba telah mengadakan Kelas Microsoft Powerpoint untuk pelajar Tingkatan 4. Kelas ini telah diadakan pada 7 Disember 2019 bertempat di bilik latihan PI Semuba. Sepanjang kelas ini berlangsung selama 3 jam, pelajar diberi pendedahan tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Powerpoint. Setelah itu mereka diberi tugasan untuk menyiapkan nota-nota menarik bagi subjek sejarah.
Tugasan ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman mereka dalam menggunakan Microsoft Powerpoint. Dengan adanya kelas seperti ini, ia dapat memberi persediaan awal kepada pelajar untuk menyiapkan diri dalam kemahiran menaip menggunakan Microsoft Powerpoint sebelum melangkah ke alam universiti. Selain itu, ia juga dapat melahirkan pelajar yang kreatif dalam penggunaan Microsoft Powerpoint untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: